Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Posts Tagged ‘kenal sejam bawa padah’


Pihak PERCETAKAN SAUFI terkejut dengan berita akhbar pada 13 OKTOBER 2010, HARIAN METRO bertajuk “KENAL SEJAM BAWA PADAH” seseorang yang bernama Bidin, telah menjual nama “TAPAK PELUPUSAN AL-QURAN” bagi tujuan menyelamatkan seorang wanita warga asing indonesia yang tanpa permit perjalanan yang sah. Beliau berkata kepada pihak polis, ingin membawa wanita tersebut ke “Tapak Pelupusan Al-Quran” untuk mendapatkan kerja di tempat berkenaan. Pihak kami berasa kesal dengan perbuatan lelaki berkenaan yang sanggup mempergunakan tempat pelupusan al-Quran kami, bagi tujuan melindungi seorang wanita baru dikenali, yang melanggar undang-undang negara. Disini pihak Percetakan Saufi ingin membuat kenyataan, bahawa pihak kami tiada kaitan dan hubungan dengan lelaki berkenaan. Diharap pihak media dan masyarakat tidak terpedaya dengan kenyataan lelaki yang bernama “BIDIN” ini. Pihak kami cuba mencari lelaki terbabit bagi mendapat penjelasan berhubung perkara berkaitan. Entri ini tulis semata-mata untuk menjaga nama baik dan reputasi Percetakan Saufi dan Tapak Pelupusan Al-Quran.

(selanjutnya…)

Read Full Post »