Feeds:
Kiriman
Komen-komen

ibnsina,tokoh agama,tokoh islam,

Ibnu Sina merupakan doktor Islam yang terulung. Sumbangannya dalam bidang perubatan bukan sahaja diperakui oleh dunia Islam tetapi juga oleh para sarjana Barat. Nama sebenar Ibnu Sina ialah Abu Ali al-Hussian Ibnu Abdullah. Tetapi di Barat, beliau lebih dikenali sebagai Avicenna.

Ibnu Sina dilahirkan pada tahun 370 Hijrah bersamaan dengan 980 Masihi. Pengajian peringkat awalnya bermula di Bukhara dalam bidang bahasa dan sastera. Selain itu, beliau turut mempelajari ilmu-ilmu lain seperti geometri, logik, matematik, sains, fiqh, dan perubatan.
Walaupun Ibnu Sina menguasai pelbagai ilmu pengetahuan termasuk falsafah tetapi beliau lebih menonjol dalam bidang perubatan sama ada sebagai seorang doktor ataupun mahaguru ilmu tersebut.
Ibnu Sina mula menjadi terkenal selepas berjaya menyembuhkan penyakit Putera Nub Ibn Nas al-Samani yang gagal diubati oleh doktor yang lain. Kehebatan dan kepakaran dalam bidang perubatan tiada tolok bandingnya sehingga beliau diberikan gelaran al-Syeikh al-Rais (Mahaguru Pertama).

Kemasyhurannya melangkaui wilayah dan negara Islam. Bukunya Al Qanun fil Tabib telah diterbitkan di Rom pada tahun 1593 sebelum dialihbahasakan ke dalam bahasa Inggeris dengan judul Precepts of Medicine. Dalam jangka masa tidak sampai 100 tahun, buku itu telah dicetak ke dalam 15 buah bahasa. Pada abad ke-17, buku tersebut telah dijadikan sebagai bahan rujukan asas diuniversiti-universiti Itali dan Perancis. Malahan sehingga abad ke-19, bukunya masih diulang cetak dan digunakan oleh para pelajar perubatan.
Ibnu Sina juga telah menghasilkan sebuah buku yang diberi judul Remedies for The Heart yang mengandungi sajak-sajak perubatan. Dalam buku itu, beliau telah menceritakan dan menghuraikan 760 jenis penyakit bersama dengan cara untuk mengubatinya. Hasil tulisan Ibnu Sina sebenarnya tidak terbatas kepada ilmu perubatan sahaja. Tetapi turut merangkumi bidang dan ilmu lain seperti metafizik, muzik, astronomi, philologi (ilmu bahasa), syair, prosa, dan agama.

Penguasaannya dalam pelbagai bidang ilmu itu telah menjadikannya seorang tokoh sarjana yang serba boleh. Beliau tidak sekadar menguasainya tetapi berjaya mencapai tahap zenith iaitu puncak kecemerlangan tertinggi dalam bidang yang diceburinya.
Di samping menjadi zenith dalam bidang perubatan, Ibnu Sina juga menduduki ranking yang tinggi dalam bidang ilmu logik sehingga digelar guru ketiga. Dalam bidang penulisan, Ibnu Sina telah menghasilkan ratusan karya termasuk kumpulan risalah yang mengandungi hasil sastera kreatif.
Perkara yang lebih menakjubkan pada Ibnu Sina ialah beliau juga merupakan seorang ahli falsafah yang terkenal. Beliau pernah menulis sebuah buku berjudul al-Najah yang membicarakan persoalan falsafah. Pemikiran falsafah Ibnu Sina banyak dipengaruhi oleh aliran falsafah al-Farabi yang telah menghidupkan pemikiran Aristotle. Oleh sebab itu, pandangan perubatan Ibnu Sina turut dipengaruhi oleh asas dan teori perubatan Yunani khususnya Hippocrates.
Perubatan Yunani berasaskan teori 4 unsur yang dinamakan HUMOURS iaitu :
  • Darah

  • Lendir (phlegm)

  • Hempedu kuning (yellow bile)

  • Hempedu hitam (black bile).

Menurut teori ini, kesihatan seseorang mempunyai hubungan dengan campuran keempat-empat unsur tersebut. Keempat-empat unsur itu harus berada pada kadar yang seimbang dan apabila keseimbangan ini diganggu maka seseorang akan mendapat penyakit.
Setiap individu dikatakan mempunyai formula keseimbangan yang berlainan. Meskipun teori itu didapati tidak tepat tetapi telah meletakkan satu landasan kukuh kepada dunia perubatan untuk mengenal pasti punca penyakit yang menjangkiti manusia. Ibnu Sina telah menapis teori-teori kosmogoni Yunani ini dan mengislamkannya.
Ibnu Sina percaya bahawa setiap tubuh manusia terdiri daripada empat unsur iaitu tanah, air, api, dan angin. Keempat-empat unsur ini memberikan sifat lembap, sejuk, panas, dan kering serta sentiasa bergantung kepada unsur lain yang terdapat dalam alam ini. Ibnu Sina percaya bahawa wujud ketahanan semula jadi dalam tubuh manusia untuk melawan penyakit. Jadi, selain keseimbangan unsur-unsur yang dinyatakan itu, manusia juga memerlukan ketahanan yang kuat dalam tubuh bagi mengekalkan kesihatan dan proses penyembuhan.
Pengaruh pemikiran Yunani bukan sahaja dapat dilihat dalam pandangan Ibnu Sina mengenai kesihatan dan perubatan, tetapi juga bidang falsafah. Ibnu Sina berpendapat bahawa matematik boleh digunakan untuk mengenal Tuhan. Pandangan seumpama itu pernah dikemukakan oleh ahli falsafah Yunani seperti Pythagoras untuk menghuraikan mengenai sesuatu kejadian. Bagi Pythagoras, sesuatu barangan mempunyai angka-angka dan angka itu berkuasa di alam ini. Berdasarkan pandangan itu, maka Imam al-Ghazali telah menyifatkan fahaman Ibnu Sina sebagai sesat dan lebih merosakkan daripada kepercayaan Yahudi dan Nasrani.

Sebenarnya, Ibnu Sina tidak pernah menolak kekuasaan Tuhan. Dalam buku An-Najah, Ibnu Sina telah menyatakan bahawa pencipta yang dinamakan sebagai “Wajib al-Wujud” ialah satu. Dia tidak berbentuk dan tidak boleh dibahagikan dengan apa-apa cara sekalipun. Menurut Ibnu Sina, segala yang wujud (mumkin al-wujud) terbit daripada “Wajib al-Wujud” yang tidak ada permulaan.
Tetapi tidaklah wajib segala yang wujud itu datang daripada Wajib al-Wujud sebab Dia berkehendak bukan mengikut kehendak. Walau bagaimanapun, tidak menjadi halangan bagi Wajib al-Wujud untuk melimpahkan atau menerbitkan segala yang wujud sebab kesempurnaan dan ketinggian-Nya.
Pemikiran falsafah dan konsep ketuhanannya telah ditulis oleh Ibnu Sina dalam bab “Himah Ilahiyyah” dalam fasal “Tentang adanya susunan akal dan nufus langit dan jirim atasan.

Pemikiran Ibnu Sina ini telah rnencetuskan kontroversi dan telah disifatkan sebagai satu percubaan untuk membahaskan zat Allah. Al-Ghazali telah menulis sebuah buku yang berjudul Tahafat al’Falasifah (Tidak Ada Kesinambungan Dalam Pemikiran Ahli Falsafah) untuk membahaskan pemikiran Ibnu Sina dan al-Farabi.

Antara percanggahan yang diutarakan oleh al-Ghazali ialah penyangkalan terhadap kepercayaan dalam keabadian planet bumi, penyangkalan terhadap penafian Ibnu  Sina dan al-Farabi mengenai pembangkitan jasad manusia dengan perasaan kebahagiaan dan kesengsaraan di syurga atau neraka.
Walau apa pun pandangan yang dikemukakan, sumbangan Ibnu Sina dalam perkembangan falsafah Islam tidak mungkin dapat dinafikan. Bahkan beliau boleh dianggap sebagai orang yang bertanggungjawab menyusun ilmu falsafah dan sains dalam Islam. Sesungguhnya, Ibnu Sina tidak sahaja unggul dalam bidang perubatan tetapi kehebatan dalam bidang falsafah mengatasi gurunya sendiri iaitu al-Farabi.

20 Oktober 2010 Jabatan Agama Islam Negeri Pahang (JAIP), telah menghantar Al-Quran serta bahan bacaan agama dan buku teks seberat lebih kurang 3 tan pada jam 4.15 petang. Bahan-bahan yang dihantar, telah dipungut setiap daerah Pahang melalui Pejabat Agama Islam Daerah. 3 orang pekerja telah menghantar ke Pusat Pengumpulan serta Pelupusan Al-Quran di Batu 10 Cheras.

Teruskan pembacaan »


Program Wakaf Al-Quran dan Pelupusan Ayat-Ayat suci anjuran bersama dengan KOPERASI MASJID NEGERI PERAK, telah berjaya mendapat sambutan di negeri Perak. Sejak ianya dilancarkan, pihak KOPERASI telah menerima sumbangan daripada orang ramai sebanyak RM60,120.00 dan telah dihantar dan diedar pada 13 Oktober 2010 ke pejabat koperasi yang terletak di Masjid Sultan Idris Shah II di Ipoh, Perak.


 

Ribuan Terima Kasih diucapkan kepada akhbar kosmo keluaran 18 Oktober 2010 bahagian RENCANA, memaparkan kaedah yang sempurna penuh dengan tertib cara melupuskan al-Quran lama serta bahan cetakan yang tertera kalimah Allah.

Semenjak perkhidmatan ini di siarkan di akhbar dan di kaca televisyen pada pertengahan september, sambutan orang islam, semakin memberangsangkan. Lihat laporan Kosmo! dibawah…..

Teruskan pembacaan »


Pusat pelupusan dan pembakaran al-Quran serta ayat-ayat suci, telah dikunjungi oleh LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA pada 14 Oktober 2010. Seramai 9 orang pegawai telah hadir. Seawal jam 9.30 pagi pegawai-pegawai berkenaan tiba di sini cheras batu 10 jalan cheras-kajang. Hampir 4jam lawatan kerja dilakukan. Sejak perkhidmatan ini di war-warkan oleh pihak media, pegawai dari LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA, telah tertarik dengan usaha Percetakan Saufi lakukan. Pihak kami telah mendapat panggilan dari jabatan berkenaan yang ini melihat sendiri proses pengumpulan,pembakaran dan pengebumian ayat-ayat suci secara lebih dekat lagi.
Teruskan pembacaan »


Pada 13 Okotober 2010, Pihak PERCETAKAN SAUFI telah menghantar Al-Quran yang telah diwakafkan di IPOH,PERAK. Sebanyak RM60,120.00 berjaya dikutip melalui sumbangan orang ramai di negeri ini. Program Wakaf Al-Quran ini, anjuran bersama Percetakan Saufi dengan badan KOPERASI MASJID NEGERI PERAK. Jumlah naskah yang telah dihantar sebanyak 2004 naskah. Jutaan Terima Kasih kepada para penyumbang. Diharap, ianya akan mendapat sambutan yang lagi di negeri PERAK. Bersama-sama kita jayakannya.


ALLAH mencipta Manusia dengan sebaik ciptaan. Manusia diberi akal dan fikiran untuk merancang kehidupan seharian. Kelebihan ini dianugerahkan oleh Allah tanpa mengira agama dan bangsa. Dengan kelebihan itu manusia diberti tugas untuk mentadbirkan dan memakmurkan dunia. Hanya dengan ilmu, akal yang diasaskan kepada iman menentukan bentuk amalan yang dilakukan oleh manusia. Justeru ilmu telah meningkatkan darjat dan martabat manusia lebih tinggi dari malaikat. Peristiwa Nabi Adam dengan malaikat seperti yang termaktub dalam al-Quran membuktikan demikian. Marilah kita mensyukuri dan menginsafi akan kelebihan yang telah Tuhan kurniakan ini dengan menambah dan meningkatkan lagi ketaqwaan kita kepada Allah yang mencipta alam seluruhnya. Dialah yang memberi rezeki, memberi kesihatan tubuh badan, melanjutkan usia umur, mengurniakan kekayaan, kenikmatan hidup dunia dan sebagainya. Tanpa rahmat yang dilimpahkan, kehidupan manusia di dunia tidak akan sempurna.

Teruskan pembacaan »